Wednesday, March 10, 2010

Mengapa kos rumah mesra rakyat tinggi

GOMBAK, 11 Mac: Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) diminta menjelaskan sebab-musabab peningkatan kos pembinaan pada program rumah mesra rakyat (RMR), seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang.
“Kita cuma nak tahu, kenapa kos (pembinaan) rumah begitu mahal kos-kos ini,” ujar Dr. Tan Seng Giaw (gambar), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Nasional (PAC) ketika dihubungi Harakahdaily, semalam.
Menurut Dr. Tan, sekiranya kos pembinaan bagi sekaki persegi bernilai RM100, maka rumah yang kediaman yang dibina itu boleh dianggap sebagai rumah mewah.
“Ianya termasuk kos pembinaan RM100 untuk kaki persegi...ini untuk rumah kos mewah (atau) banglo, bukannya rumah kos rendah dan sederhana,” jelasnya.
“Kos itu adalah kos untuk banglo, kita juga nak tahu bagaimana ia begitu tinggi.”
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong meminta SPNB menjelaskan kos-kos projek terbabit secara terperinci.
Beliau turut meminta SPNB menjelaskan kedudukan projek-projek terbengkalai yang membabitkan 35 syarikat kontraktor Bumiputera.
“Ketua Audit Negara telah menjalankan beberapa siasatan berhubung projek-projek SPNB (yang) tertangguh,” ujarnya.
“Kita mahu mereka (SPNB) menjelaskan kos-kos itu (secara) terperinci termasuk kedudukan projek-projek terbengkalai dan lewat.”
Pun begitu, beliau berkata, beberapa persoalan yang dibangkitkan itu bukanlah berniat untuk mencari kelemahan dalam bidang pengurusan di dalam SPNB sendiri.
Sebaliknya, menurut Dr. Tan, dengan penjelasan terperinci oleh SPNB membolehkan PAC sendiri menghitung kualiti RMR yang dibina supaya setimpal dengan kos pembinaan yang ditaksirkan demi kepentingan rakyat.

baca selebihnya
disini

No comments:

Post a Comment

Followers