SHAH ALAM, 12 MAC - Gagal meraih sokongan orang Melayu dalam isu kalimah Allah, Umno-Barisan Nasional yang semakin tersepit, kali ini cuba memutar belit sejarah dengan memperalatkan sentimen agama, khususnya Tragedi Natrah.
Umno berlagak seolah-olah menjadi wira apabila membangkitkan isu Natrah yang kononnya menjadi titik tolak perpaduan di kalangan Melayu dalam mempertahankan kesucian Islam.
Sebaliknya, tindakan membangkitkan tragedi itu hanya membuka tembelang mereka berikutan umum mengetahui Umno lepas tangan ketika ramai tokoh pembangkang berjuang ketika mempertahankan akidah Natrah.
Tindakan Umno itu dikecam Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana orang Melayu tidak pernah bersatu dalam isu Natrah, malah pimpinan Umno memilih untuk menjaga hati penjajah British daripada memperjuangkan nasib gadis itu.
"Dalam isu Natrah sekalipun, orang Melayu tidak bersatu..dan Umno ditubuhkan pada 1946 dalam isu Natrah 1050 Umno diam membisu yang kedepan adalah Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan sebagainya termasuklah Prof Burhanuddin al-Helmy yang akhirnya ditahan penjajah hasil dari tindakan beliau dan keterlibatan beliau dalam isu Natrah ini,"katanya pada sidang medianya.
Kelmarin, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin sewaktu melancarkan buku bertajuk: Natrah, Cinta, Rusuhan dan Air Mata, menyatakan Umno turut serta bersatu dengan parti politik lain dalam mempertahankan kesucian Islam memperjuangkan nasib Natrah.
baca lagi disini
Friday, March 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment