Sunday, January 31, 2010

Umno 'pikat' PKR untuk tumbangkan Pakatan Rakyat

dikemaskini 4.44pm Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

"Dan pastinya Datuk Jamaludin mewakili (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) untuk cuba memujuk dan memberi jaminan apa yang beliau perlu asalkan meninggalkan PKR. Tapi kerana (Azan) tidak layan lebih daripada itu, maka jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

Wednesday, January 20, 2010

SPRM serbu pejabat exco Selangor

dikemaskini 4pm Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri.

Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.

Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.

Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat

Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.

Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.

Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.

Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.

Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.

Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.

Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut.

Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian.

Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.

Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.




di ambil dari sumber malaysiakini


Monday, January 11, 2010

Wartawan PKR diugut depan rumah saudara Rosmah

Seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan mendakwa dikacau polis selepas mewawancara seorang wanita yang ada pertalian keluarga dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor kelmarin.

Abdul Qayum Abdul Rahman mendakwa, beliau mengunjungi wanita yang dikenalinya sebagai Saharah, yang juga saudara kepada mangsa tragedi pembunuhan kejam di Gemencheh baru-baru ini.

Minggu lalu, empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan.

Abdul Qayum mendakwa, selepas mengetahui beliau seorang wartawan
Suara Keadilan, seorang lelaki - dikenali sebagai Muhammad - memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya.

"Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temubual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.

baca selebihnya di sini ( klik je )

Monday, January 4, 2010

KECIL TAPI PENTING UNTUK SELCAT

Kini setahun telah berlalu, kalau dilihat wakil rakyat di Kuala Langat prestasi perbelanjaan amat berhemah. Hingga tidak habis diguna pakai kepada keperluan penduduk Kuala Langat.

UMNO PERSENDAKAN MASYARAKAT DENGAN PENDIDIKAN AGAMA.

Pengesahan Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim bahawa perobohan Dewan milik Umno berhampiran Flat Gugusan Melati, Seksyen 4 Kota Damansara dibuat mengikut lunas undang-undang.

Ketika dihubungi TV Selangor, Dr Nasir menjelaskan dewan terbabit tidak memiliki sebarang permit sejak ia dibina pada tahun 2006.

“MBPJ tidak ada pilihan kecuali merobohkan kerana ruang ini ditutup dan tidak dapat digunakan oleh orang ramai. 50 peratus bukan Islam tidak dapat menggunakan bangunan ini. Semasa MBPJ merobohkan, tiada bantahan dari penduduk, masalah timbul pada sebelah petang dan orang luar yang datang protes” ujarnya lagi.

Dr Nasir melahirkan kekesalan dengan tindakan Umno menggunakan kanak-kanak mengaji Al-Quran untuk menagih simpati masyarakat Islam.


sumber diambil dari sini

Followers