Monday, December 28, 2009

Penyokong PAS atau UMNO?? Kerja Banggang bin Bahalol!!!

Apa hal pulak ada 'pihak' tertentu mahu PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat?? Tak masuk akal betul. Inilah kerja orang bodoh yang nak memperbodohkan orang lain. Ini namanya kerja banggang bin bahalol!!!

Fuuulaaamak... kalau tengokkan gelagat para peserta demonstrasi ini, nak tergelak pun ada. Sori... sori... bukan nak tergelak tetapi dah tebahak-bahak punya gelak. Lakonan paling kaku yang pernah aku tengok. Siap bawak sepanduk... dengan pelbagai saranan buat PAS. Ini salah satu contohnya.


Jadi boneka DAP dan PKR?? Astaqfirullah... siapa pulak jadi boneka kepada siapa ni?? Ketiga-tiga parti ada integriti dan kredibiliti masing-masing. Kalau tak ada ... takkan rakyat beri kepercayaan untuk memerintah Selangor. Siapa sebenarnya mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat?? Penyokong PAS atau UMNO??

Rasanya, para penyokong PAS taklah giler babi, bertindak sampai begitu sekali tetapi UMNO punya penyokong tak mustahil.... sebab, ia memang sudah sedia meroyan sejak Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dan... sejak idea UG ditolak oleh para penyokong dan akar umbi PAS, lagilah mereka giler babi ya amat sangat.

PAS menghadapi masalah sokongan bukan-Melayu disebabkan UG, jadi takkanlah ia bodoh sangat nak keluar dari Pakatan Rakyat pula. Bunuh diri namanya tu... Setelah semuanya reda, terutama... selepas UG dikunci dan Konvensyen Pakatan Rakyat diadakan serta Pakatan Rakyat bakal dirasmikan dan hanya menunggu untuk mendapatkan kelulusan ROS saja, PAS pasti tidak akan menjejaskan peluangnya untuk menang dalam PRU13 nanti. Selagi penyokong bukan-Melayu menyokong dan mengundi PAS, selagi itulah UMNO berada dalam bahaya. Menyedari hakikat inilah, UMNO semakin gelisah dan gelabah.... kerana mereka sedar, peluang untuk merampas semula Selangor amat tipis.

PAS sebenarnya tak ada masalah dengan PKR dan DAP. Yang bermasalah dengan mereka ialah mereka yang kempunan nak terajui kuasa di negeri Selangor serta dua tiga kerat pengikut mereka yang terkena penyakit ketagihkan UMNO. Kalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat... sudah pasti PAS di Selangor akan kecundang menonggeng dalam PRU 13 nanti. Jika, PAS kekal dalam Pakatan... harapan untuk menang amat cerah tetapi kalau ia keluar... alamat menangis tak berlagulah!!

baca selebihnya disini ( klik sini )

10 SIFAT YANG ALLAH TIDAK SUKA/CELA


" PENAWAR HATI"
SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. Nabi juga pernah marah, Ikutlah cara nabi, biarlah kemarahan itu kerana tidak redha dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syara’. Sifat marah itu amat penting untuk membetulkan perkara yang tidak betul… bukan marah akibat ditegur kerana melakukan perkara yang tidak betul.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

baca selebihnya di sini ( klik )

Sunday, December 20, 2009

Husam Musa: Jangan -jangan Menteri Pertahanan pun boleh hilang?

Enjin jet perang kita boleh hilang?

Satu hari, mungkin satu batalion tentera kita juga 'hilang'?

Ia satu jenayah serius yang melibatkan keselamatan negara.

Jika benar enjin yang sudah terpasang di jet perang dan jet itu bersama enjinnya sudah berada dalam negara, tetapi kemudian boleh hilang dan telah dibeli orang, ia bukan sahaja isu tentera. Ia juga isu kastam, polis dan inteligen negara.

Mungkinkah kehilangan enjin yang sudah tentu tidak kecil dan tidak ringan itu, hanya berlaku atas kertas? Maksud saya, enjin itu sebenarnya secara fizikal tidak pernah memasuki negara ini. Ia hanya transaksi atas kertas. Bill penghantaran sampai, dalam inventori ia ada, tetapi fizikalnya ia sudah pun dihantar ke destinasi pembeli sejak hari pertama.

Ini mungkin sekadar fiksi saya. Tapi andainya modus operandi sebegini memang berlaku, bayangkan apa lagi yang telah dibeli tetapi 'hilang' dan ke mana jatuh peralatan itu?

Baca selebihnya.....Klik sahaja disini

Monday, December 14, 2009

WACANA PERDANA "Islam Di Malaysia: Realiti & Harapan"


Wacana Perdana "Islam Di Malaysia: Realiti & Harapan" bertempat di Dewan Kelantan Trade Center pada 12 Disember 2009. Menampilkan empat panelis:
1. YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah
2. Dr Mohd Asri Zainul Abidin
3. Dato' Hj Nakhaie Ahmad
4. Ustaz Afandi Yusoff
Moderator: Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof

baca selebihnya disini

Wednesday, December 9, 2009

Sah : Konvensyen pertama Pakatan Rakyat

Ramai yang menanti - nanti tarikh bersejarah di mana satu gabungan kuasa 'perjuangan' dan politik bergabung demi kemerdekaan sebenar rakyat.

pkatan rakyatBAGI memperkukuh ikatan dan pemuafakatan di antara KEADILAN, PAS DAN DAP maka satu Konvensyen Pakatan Rakyat akan dianjurkan pada 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"kata Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim.

Menurut beliau, lagu tema "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang dalam masa seminggu.

Logo ini menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Sallehuddin berkata, "lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."


dipetik dari sumber (klik sini)

Tuesday, December 1, 2009

Anwar Orang Ke 32 Pemikir Terbaik Dunia

Anwar Orang Ke 32 Pemikir Terbaik Dunia


Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.

Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100.

Setelah disemak keseluruhan 100 nama pemikir terbaik dunia, saya tidak terjumpa nama Najib Razak, Mahathir apa tah lagi Abdullah Badawi.

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada Pakatan Rakyat kerana mempunyai pemimpin yang ideanya diakui memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.

Apalah nak jadi dengan Datuk Seri Najib ni. Satu apa pengiktirafan yang positif pun dia tidak dapat.

baca selebihnya disini

Followers