Monday, July 27, 2009

Penduduk Kuala Langat Merasa Pelik Sikap MDKLgt Kurang Prihatin.

Penduduk Kuala Langat kecewa sikap MDKLgt yang mempunyai cukup Ahli Majlis seramai 24 orang yang telah diagihkan dalam 24 zon seluruh Kuala Langat, tetapi tiada berfungsi dengan baik.
Rungutan penduduk pada hari ini, seperti gambar dibawah,
ramai yang tidak tahu kerana tidak diwar-warkan kepada orang ramai. Mengikut dalam baner, penganjurnya adalah MDKLgt sendiri.
Seperti dalam
benar bertajuk Majlis Dialog Bersama Penduduk amat tidak berjaya kerana maklumat gagal sampai kepengetahuan ramai . Tinjauan sebentar tadi hanya terdapat satu benar yanh terpapar dipagar hadapan pejabat lama JPJ.
Kehadiran yang ada hanya orang-orang tertentu sahaja, seperti mereka sahaja yang boleh berdialog. Banyak kerusi dari orang dan banyak kereta macam penuh dewan.

Inilah rupa baner yang terpampang dipagar depan pejabat lama JPJ yang tidak berbaloi dengan kos dari orang yang datang.

Rupa Exco berkenaan bercakap seperti melepas batuk ditangga sahaja. Memang patut gelap kelihatannya.

Suasana dalam dewan ramainya yang datang adalah mewakili penduduk Kuala Langat.


Kelihatan dialog itu, banyak bercakap Exco dari soalan yang menafaat.

Kalau beginilah caranya sikap MDKLgt berurusan dengan penduduk Kuala Langat, dimana lagi rakyat menaruh harapan pada memesrakan rakyat yang dikehendaki oleh Dato Menteri Besar.
Kepada yang berkenaan YDP perlulah lebih prihatin, lebih-lebih lagi inilah YDP baru yang pilihan dari kerajaan PR. Peringatan kepada MDKLgt, Buatlah kerja sepertimana aku janji kamu
"Patuh Pada Mana-Mana Kerajaan Yang Memerintah".
Kepada yang berkepentingan pula, biarlah bersikap adil dan bertanggungjawab apabila merasa diri perlu ada dalam jawatan di sesebuah organisasi. Rakyat sentiasa melihat setiap gerak geri yang kamu lakukan.
Rakyat Kuala Langat semasa PRU12 lepas bukan seperti sesuka tukar seluar dalam.

1 comment:

  1. komen aku mudah jer...
    aku nak tanya, mana orang2 Pakatan Rakyat masa sebelum pilihan raya?
    takde pun nak dekat pada rakyat.
    dah menang, baru terhegeh-hegeh nak itu ini.
    aku pernah terlibat dlm PeBT (penggerak belia tempatan). aku tak kisah nak berkhidmat ngan sesaper, tapi ada la sikit konflik yg aku betul2 tak leh terima...so, aku tinggalkan PeBT.
    kalau keje tak serupa bikin, baik letak jawatan jer...
    banyak kali konflik tu,
    sebab tu aku give up!
    nak suruh org buat keje tu, biarlah lembut gigi dari lidah. dah la keje sukarela je, aku tak kisah, tapi janganla buat orang macam kuli!!!

    ReplyDelete

Followers