Tuesday, July 7, 2009

Majlis Sumbangan Bakul Makanan

Majlis Penyerahan Bakul Makanan kepada golongan sasar telah di adakan pada Ahad, 3hb. Mei jam 2.00 petang bertempat di dewan orang-ramai Kampung Kanchong Darat. Program ini telah dianjurkan bersama Biro Kemasyarakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Kanchong Darat Timur dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan (JKKK) Kampung Kanchong Darat .

Tujuan program ini diadakan ialah untuk membantu meringankan beban ke atas golongan sasar seperti warga berlian, warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal. Ia merupakan program yang mesra rakyat selaras dengan saranan kepimpinan kerajaan negeri. Ia juga dapat merapatkan diri golongan muda dengan golongan tersebut di samping menghargai sumbangan yang telah mereka berikan ke atas pembangunan negara. Adalah diharapkan juga agar semangat menyumbang kepada pembangunan insan di dalam masyarakat desa dapat di pertingkatkan. Pihak penganjur juga telah mengadakan kaunter bagi menerangakan dan menyediakan borang-borang mesra rakyat anjuran kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat seperti borang mesra usia emas, TAWAS, bantuan anak masuk universiti, bantuan pinjaman ASW and ASB, ibu tunggal dan bantuan usahwan kecil.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh setiausaha JKKK kampung Tuan Haji Khamsani. Seterusnya Tuan Pengurusi, Saudara Nazeri merangkap Setiausaha JDM mengalu-alukan kedatangan YB Abdullah Sani, ahli parlimen Kuala Langat, Tuan Haji Saim sebagai ketua kampung Kanchong Darat, Tok Penghulu Mukim Morib dan Saudara Mansor selaku ketua JDM Kanchong Darat Timur.

Ketua Kampung memberikan ucapan dan penerangan hal-hal semasa kemajuan kampung. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih diatas penganjuran program seperti ini yang mana rakyat negeri selangor amnya dan penduduk Kanchong Darat khasnya dapat menikmati hasil pendapatan negeri Selangor di bawah kerajaan yang baharu yang telus dan bebas rasuah. Seterusnya ahli parlimen Kuala Langat memberikan ucapan yang penuh bersemangat menerangkan perihal dasar-dasar kerajaan pakatan rakyat. Beliau menyentuh akan kotmitmen yang tinggi kerajaan negeri selangor untuk membela nasib rakyat yang kurang berkemampuan. Dalam hal isu bekalan air yang mana kerajaan pusat mungkin memaksa rakyat Selangor untuk membayar tarif yang lebih tinggi nanti, kerajaan negeri selangor akan melawan sebaik mungkin di mahkamah untuk meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat walaupun mungkin akan terpaksa membayar sebanyak RM30 Billion kepada Syabas untuk mengambil alih pengurusan air. Beliau juga mengharapkan lebih banyak program-program yang mesra rakyat dapat diadakan di masa akan datang.

Majlis di teruskan dengan penyampaian bakul makanan kepada para jemputan. Sebanyak 147 bakul makanan telah disediakan. Kehadiran jemputan adalah sangat menggalakan yang mana seramai 140 orang telahpun hadir untuk menerima sumbangan walaupun sebahagian mereka terpaksa dipimpin oleh pembantu-pembantu mereka kerana faktor keuzuran dan kurang upaya. Jemputan VIP telah bermurah hati untuk menyampaikan bakul-bakul makanan kepada para jemputan dengan menyerahkan sendiri ke kerusi-kerusi golongan tua dan kurang upaya.

Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Morib kerana telah memberikan peruntukan untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pejabat khidmat masyarakat parlimen Kuala Langat di atas sokongan dan bantuan untuk mengadakan program ini. Tahniah di berikan kepada Biro Kemaysarakatan JDM Kanchong Darat Timur yang diketuai oleh Saudara Mohd Yusuf kerana berjaya menganjurkan program ini. JDM Kanchong Darat Timur telah ditubuhkan pada April 2008 dan mempunyai tidak kurang dari 90 orang ahli. JDM mempunyai struktur organisasi yang terdiri dari ketua, timbalan ketua, naib ketua (2 orang), setiausaha, bendahari, ketua AMK, dan AJK seramai tujuh orang. JDM juga mempunyai biro-biro seperti politik, kemaysarakatan, ekonomi, penerangan dan kebudayaan, belia dan sukan. JDM dalam perancangan untuk mengadakan lebih banyak program melalui biro-biro ini di masa yang akan datang.


Disediakan oleh,

Mansor Selamat

Ketua JDM Kanchong Darat Timur


No comments:

Post a Comment

Followers