Wednesday, July 29, 2009

ANAK MUDA DIGESA TURUN BERAMAI-RAMAI PADA SABTU, 1hb OGOS INI.

Untuk Edaran Dengan Segera

ANAK MUDA DIGESA TURUN BERAMAI-RAMAI PADA SABTU, 1hb OGOS INI.

Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa seluruh anak muda di Selangor dan Kuala Lumpur untuk bersama-sama melakar sejarah baru siasah negara pada hari Sabtu bersamaan 1hb Ogos 2009 ini. Pada tarikh penting tersebut kehadiran pelbagai lapisan rakyat khususnya generasi anak muda untuk membanjiri bandaraya Kuala Lumpur terlalu penting demi masa hadapan dan survival negara ini.

Detik waktu itu adalah usaha penting ke arah mendesak kerajaan agar menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Justeru kehadiran generasi anak muda pada kapasiti yang amat besar diperlukan agar ianya menjadi bukti konkrit bahawa akta ISA ini mesti dimansuhkan segera.

Menyedari realiti ini,AMK Selangor mengajak generasi anak muda di Lembah Klang ini membuktikan pada tarikh itu suara keramat rakyat dan anak muda akan berkemundang ke seluruh dunia. Kita mahu dunia mengetahui bahawa selama ini Akta ISA ini telah menzalimi ramai individu yang tidak berdosa. Malahan mobilasi besar desakan mansuhkan ISA ini juga diharap dapat membuka mata kerajaan dan dunia antarabangsa agar tiada alasan lagi dikemukakan untuk menutup secara segera Kem Kamunting sebagai simbol kezaliman akta ISA ini.

AMK Selangor menggesa agar perhimpunan aman 1 Ogos ini tidak dicemari dengan sebarang provokasi dan tindakan ganas daripada mana-mana pihak kerana jelas Perlembagaan Negara memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. Walaupun pihak PDRM mengeluarkan kenyataan yang mengklasifikasikan perhimpunan 1 Ogos tanpa permit namun kita menggesa pihak PDRM dapat menunjukkan semangat professional yang tinggi untuk mempertahankan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang serta mempertahankan suara rakyat.

Akhirnya, AMK Selangor mengharapkan sokongan kuat dan hebat anak muda pelbagai lapisan tanpa mengira fahaman politik serta perbezaan agama dan bangsa untuk bersama-sama pada 1 Ogos ini memenuhi bandaraya Kuala Lumpur. Jika bukan kita siapa lagi dan jika bukan sekarang bila lagi ?. Justeru ini adalah detik terbaik untuk anak muda melakar sejarah baru mendesak akta ISA yang zalim ini dimansuhkan segera. Kita mahu buktikan bahawa tanpa ISA, Malaysia dan rakyat keseluruhannya akan hidup lebih adil,aman dan damai serta makmur sejahtera.

Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin

Ketua AMK Selangor

Pakatan Rakyat desak Ketua Polis Negara dipecat!

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). - mks. _

Tuesday, July 28, 2009

1 Malaysia= 1 Ogos 2009 Bukan untuk adakan Provokasi!!!

PPSMI dan BERSIH hanya berkesan menggunakan demonstrasi JalanRaya.

PilihanRaya di Malaysia penuh dengan penipuan dan korupsi UMNO BN.

ISA dan Korupsi UMNO BN hanya boleh masuh melalui JalanRaya.
Sabtu 1 Ogos 2009 ini Rakyat 1Malaysia bersama !!!

Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos, jangan timbulkan provokasi!

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Semua pihak diminta tidak menimbulkan provokasi dan melakukan pertembungan pada himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos kelak.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, pihaknya mengalu-alukan tindakan Pewaris dan beberapa NGO lain yang berhasrat mengadakan himpunan menyokong ISA, 1 Ogos akan datang dengan prinsip hak kebebasan mana-mana pihak untuk berhimpun.

Katanya, hasrat kumpulan pro-ISA itu untuk berhimpun merupakan hak mereka, yang tidak boleh ditahan oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, pihaknya berharap tidak berlaku 'pertembungan' atau apa-apa perkara yang boleh menimbulkan provokasi kepada kumpulannya (GMI) dan penyokong anti-ISA yang turut berhimpun pada hari yang sama.

"Kita tidak halang niat mereka, kerana berpegang dengan prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun. Mereka juga ada hak seperti kita, cuma yang jelasnya program kita ini telah diuar-uarkan lebih awal lagi dengan pelbagai kempen dan penerangan mengenainya, " kata beliau dalam sidang akhbar Sekretariat MANSUH, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Syed Ibrahim turut menyeru para peserta anti-ISA supaya datang lebih awal di ketiga-tiga lokasi yang ditetapkan supaya himpunan dapat bermula seperti dirancang dan lancar.

Tiga lokasi itu - Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dikekalkan mengikut perancangan asal, sebelum kumpulan dari ketiga-tiga lokasi tersebut akan ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat'.

Beliau turut mengingatkan para peserta supaya mengenakan pakaian bertemakan merah hitam, dan bukannya berwarna putih seperti penyokong ISA.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dilantik sebagai Komander himpunan tersebut mengharapkan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak bersedia memansuhkan ISA bagi membuktikan komitmen beliau terhadap konsep 'Satu Malaysia-Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang diperkenalkan beliau.

Beliau turut mengharapkan Najib mengambil peluang ketika menjadi PM untuk memansuhkan akta ini, dan bukannya hanya berani bersuara selepas meletakkan jawatan seperti Tun Abdullah Badawi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata himpunan 1 Ogos ini bukan melibatkan kepentingan politik, tetapi kepentingan semua yang tidak mahu melihat akta ini terus berkuasa dan berharap akan dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong kelak.

Ditanya tentang hasrat Pewaris untuk berhimpun pada hari yang sama, Salahuddin berkata pihaknya mengalu-alukan badan bukan kerajaan itu untuk 'belajar' cara berhimpun serta memahami Akta Polis.

"Bagi mengelakkan sebarang pertembungan, kita akan memberi taklimat kepada para peserta supaya tidak termakan dengan sebarang provokasi dan berharap himpunan ini berjalan dengan baik," kata beliau.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Tian Chua, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan; Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan; Timbalannya, Azman Shafawi; exco Pemuda PAS, wakil Hindraf, mahasiswa dan wakil Suaram.

Jul 27, 2009

AMK Cabang K.Lgt Kesal Sikap Ahli Majlis Dari KEADILAN Yang Tidak Jujur.

AMK Cabang K.Lgt diberitatu oleh salah seorang Ajk Cabang, Ahli Majlis MDKLgt dari KEADILAN cuba hendak memecat SetiaUsaha Cabang Sdr Abdul Rani. Tindakan terhadap S/u Cabang itu kerana didapati beliau(Rani) bercampur dengan AMK Cabang K.Lgt.

Atas kejujuran S/u Cabang untuk kebaikan, mereka cuba hendak berbuat sesuatu untuk menyingkir beliau. Walau apapun, AMK Cabang K.Lgt telah mengetahui dan tidak akan berdiam untuk membela kedudukan S/u untuk kebenaran.

Telah banyak korapsi yang dilakukan Ahli Majlis dari KEADILAN yang dipimpin oleh Norazmi terbongkar. Kini oleh kerana
Tim. Ketua AMK Cabang K.Lgt sdr Razali telah dipilih menjadi Ahli Majlis, maka dapatlah AMK Cabang K.Lgt lebih mengetahui dengan tindakan dimana kesilapan yang akan berlaku nanti dalam kepimpinan Norazmi.

Yang menjadi tanda tanya pada AMK Cabang K.Lgt, kenapa beliau dipilih, bukan kerusi dari parti KEADILAN? Sedangkan beliau adalah berjawatan dalam AMK Cabang K.Lgt. Beliau dilantik dari kerusi NGO dan beliau sendiri tidak tahu dari NGO mana.

Walau pun begitu AMK Cabang K.Lgt, mengucapkan tahniah untuk sdr Razali kerana pada hari ini Isnin 27 Julai 2009, jam 2.30pm telah selamat mengangkat sumpah jawatan dan berjanji melaksanakan amanah yang disandang untuk keadilan rakyat Kuala Langat. Itulah janji beliau katanya.

JOM PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI."RAKYAT HAKIM NEGARA"



AMK Cabang KEADILAN Kuala Langat Tetap Bersama 1 Ogos 2009.


*** 1 OGOS 09 - MANSUHKAN ISA - KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ***

Apa nak jadi-jadilah. AMK Cabang KEADILAN Kuala Langat tetap bersama 1 Ogos 2009. Anak-anak Kuala Langat sudah tentu turun menyokong tuntutan 3 perkara untuk keadilan. Kalau lah anak TAWAS besar tentu akan turut serta. AMK Cabang KEADILAN Kuala Langat akan pastikanpenyertaan warga Kuala Langat tidak ketinggalan dan agar himpunan berjaya sehingga matlamat tercapai.

Kenapa pula kita perlu takut untuk turun dalam perhimpunan, dimana mencari hak keadilan rakyat itu terletak dipuncak utama. Rakyat perlu dibela dan disamping kita semua sibuk dengan tugas-tugas harian untuk membela periuk nasi rumah tanggamasing-masing.

Kerajaan BN tidak perlu mengarah polis untuk menyekat agar orang ramai tidak menghadiri perhimpunan itu. Perlu pula menjaga keselamatan rakyat jelat dalam hal ini. Ia adalah termaktub
perkara 10, perlembagaan Malaysia.Tidak mungkin rakyat tidak akan turun di perhimpunan kerana Kerajaan BN punya angkara.

Jika betul Kerajaan BN iklas untuk kepentingan rakyat, sudah tentu tidak akan berlaku perhimpunan. Polis jangan bermuka-muka untuk BN. Jelas Kerajaan BN sudah tidak adil kepada rakyat mengapa perlu menghalang rakyat meluahkan perasaan dijalan raya.

Rakyat tidak sebodoh itu, untuk berbuang masa dijalan raya. Adalah penting untuk memberi mesej yang jelas kepada semua yang ada kepentingan dalam korap BN.

Mengapa kita tidak takut berkata " Tangkap pemimpin pemerintah BN, Tangkap Peguam Negara, Tangkap Pengarah SPRM, Tangkap Ketua Polis Negara" kerana ada kebenarannya. Tidak mungkin rakyat berbuat begitu, kerana negara ada undang-undang. Rakyat mesti menghormati undang-undang.

Pemerintah BN gegar pada rakyat untuk menghormati undang-undang, tetapi mereka sendiri mengirik undang-undang.


Sekali lagi Penasihat
AMK Cabang KEADILAN Kuala Langat menasihatkan agar seluruh warga Kuala Langat turun ramai-ramai menyahut suara rakyat ramai diperhimpunan pada 1 ogos 2009 dengan tertib/sopan juga mengikut arahan dan jangan sesekali melakukan perkara menyalahi undang-undang. Sekiranya berlaku tangkapan, oleh kerana kesalahan munasabah, kepimpinan parti PR Kuala Langat tidak akan bertanggungjawab keatas kamu.

Monday, July 27, 2009

MALAPETAKA BAGI RAKYAT SELANGOR JIKA UMNO/BN MERAMPAS SELANGOR KEMBALI



Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap misi-misi kotor pihak UMNO/BN untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat adalah merupakan malapetaka untuk rakyat. Rakyat Selangor pastinya tidak mahu igauan ‘penyapu’ sebagai hadiah dan kezaliman yang dilakukan kembali semula mentadbir di negeri Selangor. Pastinya selepas para pengundi bijak memilih Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lepas, kini agenda usaha merakyatkan ekonomi Selangor semakin rancak dilaksanakan.

AMK Selangor yakin rakyat Selangor kini amat selesa menikmati kemudahan air percuma 20ml padu yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Salah satu usaha yang langsung tidak pernah diberi kepada rakyat Selangor oleh Kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun. Malah jika kerajaan Barisan Nasional kembali memerintah Selangor maka kita yakin nikmat yang besar ini akan dimansuhkan kerana selama ini jelas kerajaan Barisan Nasional/UMNO berusaha keras menentang usaha murni pemberian air percuma ini kepada semua rakyat Selangor.

Kajian soal selidik yang dijalankan terbaru juga menyaksikan trend rakyat Selangor semakin selesa dan menerima pembaharuan yang dilaksanakan dan digerakkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Usaha pihak-pihak tertentu yang tidak berhenti-henti menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor juga semakin tidak memberikan kesan kepada mereka kerana rakyat Selangor kini semakin bijak dan pintar memahami politik semasa dan gimik politik.

Rakyat Selangor kini juga dapat menilai pendedahan gaya hidup mewah dan boros kepimpinan terdahulu yang semakin terdedah dan terlondeh. Malahan kini rakyat Selangor sudah mengetahui ke mana wang rakyat Selangor habis dibelanjakan yang hanya untuk segelintir individu dengan mempergunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri dan kroni. Ini belum diperkirakan dengan pendedahan pelbagai jenis skandal yang kini terpalit kepada kepimpinan kerajaan negeri terdahulu yang jelas mendahulukan kepentingan sempit mereka daripada agenda membangunkan rakyat dalam soal fizikal dan akal budi.

AMK Selangor juga yakin rakyat Selangor kini semakin merasai suasana perubahan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor. Keyakinan para pelabur luar terhadap iklim ekonomi dan prospek masa hadapan Selangor semakin meningkat dan buktinya para pelabur asing kini berlumba-lumba melabur di Selangor walaupun iklim ekonomi dunia masih tidak menentu dan sukar diramal.

Keyakinan ini pastinya berasaskan kepada sikap ketelusan dan mesra perniagaan kerajaan negeri Selangor terhadap para pelabur asing serta tidak berkompromi dengan sebarang unsur-unsur penyelewengan dan rasuah. Dalam masa lebih 16 bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, suasana dan iklim ekonomi Selangor juga semakin menyakinkan dan memberangsangkan.

Walaupun pihak pembangkang di negeri Selangor ini iaitu UMNO/BN mengasak hebat daripada semua penjuru. Keyakinan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat tidak berganjak malahan semakin diterima oleh semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Suasana keadilan yang selama ini menjadi harapan baru untuk rakyat Selangor semakin terserlah daripada hari ke sehari.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas MB Selangor terdahulu yang mendakwa misi merampas Selangor adalah misi mudah merupakan satu kenyataan yang angkuh dan takbur. Kenyataan ini jelas cuba menidakkan kebijaksanaan rakyat Selangor yang berani membuat perubahan besar dalam 50 tahun yang merupakan titik tolak kepada penolakkan kepada kerajaan yang rasuah dan mendahulukan kepentingan sempit mereka.

Rakyat Selangor masih belum lupa era pemerintahan terdahulu yang melupakan dan menzalimi rakyat kebanyakan. Bagaimana suasana ketika itu rumah setinggan rakyat dirobohkan dan dimusnahkan. Perobohan rumah-rumah ibadat tanpa belas ehsan. Pemborosan dan pembaziran wang rakyat yang sehingga kini jumlah sebenar belum masih ditaksirkan. Malahan suasana ceramah dan tazkirah di masjid-masjid juga terkongkong dan terhalang akibat perbezaaan sempit politik. Rakus menggondol bukit-bukau yang tidak mengira keseimbangan alam yang menyebabkan berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh.

Kini, suasana di masjid-masjid serta surau-surau sudah jauh berbeza. Program-program pengimarahan,ceramah dan tazkirah semakin giat dan rancak. Masyarakat di estet-estet dan kawasan setinggan juga semakin mendapat perhatian dan pembelaan kerajaan negeri. Golongan peniaga di pasar-pasar juga mendapat perhatian sewajarnya. Itu belum lagi diperkirakan dengan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat daripada bayi yang baharu lahir sehingga warga tua dan soal-soal khairat kematian.

Justeru dengan melimpah-limpahnya pembaharuan dan nikmat sebenar yang dikecapi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Adalah mustahil kerajaan UMNO/BN akan mengekalkan program-program kebajikan rakyat yang telah dilaksanakan selama ini. Sudah menjadi tradisi kerajaan UMNO/BN untuk memansuhkan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat walaupun ianya jelas terbukti memberi faedah dan manfaat besar kepada rakyat. Rampasan kuasa di Perak sudah menjelaskan segala-galanya apabila keputusan-keputusan penting dan besar untuk rakyat ditarik balik atau dimansuhkan.

Maka, usaha kerajaan UMNO/BN merampas semula Selangor pada masa akan datang adalah satu malapetaka besar kepada rakyat Selangor sebenarnya. Rakyat Selangor daripada semua peringkat golongan serta bangsa sudah menikmati pembaharuan dan harapan baru yang mereka idam-idamkan selama ini. Ianya satu nikmat yang besar berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang berteraskan kebajikan rakyat,ketelusan dan keadilan sejagat.

Akhirnya, AMK Selangor mengulangi pendirian dan keyakinan bahawa rakyat Selangor sudah lama menghumban dalam PRU-12 budaya politik kotor yang dipalit rasuah,penyelewengan dan kezaliman kepada rakyat. AMK Selangor bersama-sama rakyat Selangor kini merasai nikmat dan harapan baru yang dibawa oleh agenda kebajikan rakyat oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Selangor kini adalah Selangor Baharu yang menjadi tempat kediaman dan impian untuk semua agama dan bangsa. Rakyat Selangor kini sudah boleh melupakan dan melupuskan UMNO/BN dalam kamus politik di negeri Selangor.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor

Penduduk Kuala Langat Merasa Pelik Sikap MDKLgt Kurang Prihatin.

Penduduk Kuala Langat kecewa sikap MDKLgt yang mempunyai cukup Ahli Majlis seramai 24 orang yang telah diagihkan dalam 24 zon seluruh Kuala Langat, tetapi tiada berfungsi dengan baik.
Rungutan penduduk pada hari ini, seperti gambar dibawah,
ramai yang tidak tahu kerana tidak diwar-warkan kepada orang ramai. Mengikut dalam baner, penganjurnya adalah MDKLgt sendiri.
Seperti dalam
benar bertajuk Majlis Dialog Bersama Penduduk amat tidak berjaya kerana maklumat gagal sampai kepengetahuan ramai . Tinjauan sebentar tadi hanya terdapat satu benar yanh terpapar dipagar hadapan pejabat lama JPJ.
Kehadiran yang ada hanya orang-orang tertentu sahaja, seperti mereka sahaja yang boleh berdialog. Banyak kerusi dari orang dan banyak kereta macam penuh dewan.

Inilah rupa baner yang terpampang dipagar depan pejabat lama JPJ yang tidak berbaloi dengan kos dari orang yang datang.

Rupa Exco berkenaan bercakap seperti melepas batuk ditangga sahaja. Memang patut gelap kelihatannya.

Suasana dalam dewan ramainya yang datang adalah mewakili penduduk Kuala Langat.


Kelihatan dialog itu, banyak bercakap Exco dari soalan yang menafaat.

Kalau beginilah caranya sikap MDKLgt berurusan dengan penduduk Kuala Langat, dimana lagi rakyat menaruh harapan pada memesrakan rakyat yang dikehendaki oleh Dato Menteri Besar.
Kepada yang berkenaan YDP perlulah lebih prihatin, lebih-lebih lagi inilah YDP baru yang pilihan dari kerajaan PR. Peringatan kepada MDKLgt, Buatlah kerja sepertimana aku janji kamu
"Patuh Pada Mana-Mana Kerajaan Yang Memerintah".
Kepada yang berkepentingan pula, biarlah bersikap adil dan bertanggungjawab apabila merasa diri perlu ada dalam jawatan di sesebuah organisasi. Rakyat sentiasa melihat setiap gerak geri yang kamu lakukan.
Rakyat Kuala Langat semasa PRU12 lepas bukan seperti sesuka tukar seluar dalam.

Pakatan Rakyat Menuntut Penubuhan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

17 JULAI 2009

Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

TUAN LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP

Saturday, July 18, 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu,Malaysiakinimelaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.

Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.

Ada persamaan

Menurut bekas menteri kesihatan itu, beliau menyertai PKR kerana mempunyai persamaan idealisme dan visi dengan manifesto PKR untuk membawa perubahan di Malaysia.

“Saya sudah keluarkan manifesto saya beserta dengan idealisme dan visi untuk MCA.

“Saya membuat perbandingan manifesto beliau (Anwar) dalam agenda Malaysia dan manifesto PKR. Saya nampak isu-isu ada perkiraan yang sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau ada idea-ide yang bercanggah saya tidak akan masuk PKR,” katanya

Beliau juga menafikan beliau kecewa dengan MCA dan menyifatkan perkara tersebut "tidak berbangkit sama sekali".

“Pada pemilihan tahun 2008 saya tewas, (kemudian) saya jemput Datuk Seri Ong Tee Keat ke bahagian saya dan minta beliau menjelaskan kepada masyarakat Tiong Hua, walaupun kami bertanding satu jawatan yang sama, atas nama prisip, maka kita boleh kekal berkawan,” katanya.

Kata Chua, presiden MCA itu, pernah hadir ke bahagiannya sebanyak dua kali selepas beliau kalah dalam permilihan parti tahun lepas.

Menurutnya lagi, beliau mula membuat pertimbangan untuk menyertai PKR sebelum dan selepas pemilihan MCA pada tahun lalu.

“Kemasukannya saya ke dalam PKR adalah tanpa syarat.

“Saya ada idea dan wawasan yang sama dengan PKR. Kalau ada tempat ada platform, tempat itu bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.

Katanya, keputusan untuk menyertai PKR juga dibuat selepas beberapa kali perbincangan dengan Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

GERAKAN MANSUHKAN ISA
KENYATAAN AKHBAR
HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009
Isnin, 22 Jun 2009

1. Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman.

2. Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.

3. Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.

4. Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.

5. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan:

a. Bebaskan semua tahanan ISA
b. Mansuhkan ISA
c. Tutup Kem Kamunting – Kem ’Guantanamo’ Malaysia

6. Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.

7. Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.

8. Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.

9. Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.

10. ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

11. Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun…”climate of fear”…”under siege mentality”… sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.

12. Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.

13. Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

14. Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.

15. Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Thursday, July 16, 2009

AMK SELANGOR MEMBANTAH TINDAKAN SPRM MENYERBU MASUK PEJABAT EXCO KERAJAAN SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR


AMK SELANGOR MEMBANTAH TINDAKAN SPRM MENYERBU MASUK PEJABAT EXCO KERAJAAN SELANGOR

Angkatan Muda Keadilan Selangor membantah tindakan terbaru oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerbu masuk ke pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan negeri Selangor.Tindakan ini dibantah oleh AMK Selangor kerana ianya dikhuatiri bermotifkan politik sempit semata-mata dan tidak di atas kapasiti menjalankan tugas secara professional.

AMK Selangor pada dasar dan prinsipnya menyokong untuk mana-mana pihak disiasat dan didakwa dengan penuh keadilan dan secara professional oleh pihak SPRM. Malahan AMK Selangor tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur salah laku rasuah dan penyelewangan kuasa.

AMK Selangor mempersoalkan tindak-tanduk pihak SPRM mutakhir kini yang sewajarnya mempamerkan imej professional sejajar dengan pemerkasaan suruhanjaya tersebut. Malahan sehingga kini SPRM dilihat masih belum lagi memperlihatkan tindakan yang pantas dan tegas terhadap banyak laporan rasuah yang dikemukakan khususnya dalam isu Port Klang Free Zone (PKFZ), soal banglo mahal milik bekas Menteri Besar Selangor yang diragui, jenayah politik wang semasa pemilihan pimpinan UMNO dan pelbagai kes-kes lain yang melibatkan sejumlah wang yang mencecah Ringgit Malaysia berjuta-juta dan berbillion-billion.

Sehubungan dengan itu, AMK Selangor untuk ke sekian kalinya mendesak agar SPRM juga bertindak pantas dan tegas menangani persoalan rasuah dan penyelewangan kuasa yang sudah banyak kali dilaporkan kepada SPRM. Malahan laporan rasuah yang sudah dikemukan oleh pihak AMK terhadap bekas Menteri Besar sehingga kini tanpa sebarang tindakan susulan. Di manakah kewibawaan dan professionalisma SPRM dalam hal ini?.

AMK Selangor menegaskan tindakan SPRM yang bertindak dengan bermotifkan pengaruh politik pihak-pihak tertentu hanya akan mencemarkan imej dan kredibiliti suruhanjaya tersebut pada pandangan rakyat dan dunia antarabangsa. SPRM juga akan dipandang oleh masyarakat awam yang pantas dan tegas bertindak jika ianya daripada kalangan pihak Pakatan Rakyat namun jika ianya melibatkan kalangan daripada UMNO/BN seolah-olah SPRM kaku dan lumpuh dalam segala-segi.

AMK Selangor mencadangkan agar pihak SPRM sewajarnya belajar daripada agensi-agensi anti rasuah antarabangsa seperti ICAC (Independent Commission Against Corruption) Hong Kong yang berjaya menjadikan suruhanjaya bebas anti rasuah negara tersebut disegani dan dipandang tinggi di peringkat global. Lebih mengagumkan ICAC berjaya menjadikan Hong Kong salah sebuah negara antara yang terbersih dalam aspek pembasmian jenayah rasuah di dunia.

Akhirnya, AMK Selangor sekali lagi mendesak agar SPRM tidak dilihat bias dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi. Sudah tiba masanya SPRM memperlihatkan mutu tugas professional yang adil,pantas dan tegas. Cabaran pembanterasan dan memerangi rasuah di negara ini tidak akan berjaya jika SPRM yang diharap oleh rakyat gagal dan lumpuh untuk menjalankan misi dan tugas sebenarnya.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor

AMK SELANGOR DESAK TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN BEBAS

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

16hb JULAI 2009

AMK SELANGOR DESAK TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN BEBAS

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Bebas diwujudkan untuk menyiasat insiden kematian Teo Beng Hock di Bangunan Plaza Masalam Shah Alam yang juga menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di tingkat 14. AMK Selangor sehingga kini merasakan pelik dan hairan bagaimana kejadian tragis itu boleh berlaku yang membabitkan secara terus dengan pihak SPRM.

AMK Selangor juga menuntut agar semua pihak media massa melaporkan kejadian ini secara tepat dan tidak disongsangkan daripada fakta kejadian sebenar. Insiden tragis ini menuntut penjelasan kepada pihak SPRM segera. Adalah perlu semua pihak yang ada kaitan dengan insiden hitam ini disiasat dan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.

AMK Selangor ingin menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Teo Beng Hock dan berharap tabah dan sabar menerima berita insiden yang sepatutnya tidak berlaku. AMK Selangor akan terus menuntut keadilan agar insiden ini mendapat pembelaan dan tidak dipendamkan begitu sahaja.

AMK Selangor berharap semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik,bangsa dan agama bersatu mendesak pihak kerajaan mempercepatkan siasatan kes ini. Jika perlu prosedur penyiasatan SPRM dikaji semula oleh panel bebas untuk memperbaiki kelemahan yang wujud.

Kini, SPRM perlu berhadapan dengan rakyat untuk memberikan penjelasan sebenar serta tidak melindungi mana-mana pegawai SPRM yang akan disiasat. Justeru, AMK berharap Suruhanjaya Penyiasatan Bebas ini dapat merungkai kematian Teo Beng Hock yang penuh misteri dan tanda tanya.

Angkatan Muda Keadilan Selangor

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM


kemaskini 7.43pm Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)


Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web
Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Komputer riba Teo dirampas


Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.

dipetik dari sumber : http://www.malaysiakini.com/news/108639

Followers