Monday, February 8, 2010

Jika Anda tak boleh menolong PR, jangan menyusahkan PR

Anda terasa anda begitu betul dan semua org salah ??

anda terasa apa yang anda buat semata mata untuk rakyat dan parti adalah sampah pada anda??

pada kami ada adalah sampah yang sebenar kerana adanya anda amat menyusahkan pr, anda mengkritik pimpinan dengan pelbagai perkara berkaitan rakyat, tetapi anda sendiri tidak mahu menggunakan saluran yang betul dengan menghadiri usrah, mesyuarat parti dan program program yang dapat anda mengetengah dan memberi maklumat berkaitan masalah rakyat ...

di dalam pas ada program program usrah untuk anda mendapatkan maklumat berkaitan parti, dan didalamnya juga tempat anda menyempaikan maklumat, dan menegur pimpinan, selaind ari mesyuarat mesyuarat lain yang diadakan, usarah bukan hanya untuk ahlipas kerana didalamnya ada pengisian untuk jiwa ,

begitu juga dengan pkr terdapat pelbagai aktiviti sebagai saluran untuk anda menegur pimpinan atau mengetengahkan masalah rakyat pada pimpinan ....

masalah aktiviti tidak hidup? masalah usrah tiada yang hadir

kenapa tidak anda menhidupkannya? mengapa tidak anda yang menghadirkan diri

sebaliknya mengkritik pemimpin secara terbuka sebelum menggunakan saluran yang betul...jangan jadi pembohong , sebenarnya anda hanya mencari jalan mudah untuk mengkritik berbanding saluran yang betul kerana terpaksa melalui beberapa peringkat, atau sekadar untuk anda mencari glamor dan publisiti pada diri atau organisasi yang anda sebagai pengurusannya....

anda tidak sedar bahawa diri anda adalah sebagai sebhagian perosak dan menyusahkan org lain,

anda merasakan anda sebagai pembela rakyat tetapi andalah pemusnah paling berbahaya untuk rakyat,
anda beria mengkritik pemimpin kerana rakyat, tetapi anda lupa perbuatan anda sedang memusnahkan harapan rakyat.

anda tidak peduli bagaimana susah pemimpin mebina kekuatan untuk menyelamatkan rakyat dari kemusnahan besar besaran semata mata untuk menjadi juara pada isu hanya sebahagian rakyat,

benar setiap rakyat tidak kira siapa wajib di bela, tetapi anda harus sedar dalam usaha anda membela sebahagian rakyat anda sebenarnya sedang meletakkan mata pedang pada leher seluruh rakyat yang lain ...

pelbagai usaha yang dilakukan oleh pimpinan untuk membela rakyat tetapi sebahagian besar dari susaha tersebut memerlukan kuasa yang lebih besar bagi menjayakannya. tetapi anda telah menjadi perosak terhadap usaha yang bakal memberi impak yang lebih besar, lebih bermanfaat, lebih membela pada rakyat yang anda rasakan diri andalah juaranya ...

ditulis oleh saudara
Dios Berantogis dari sebuah forum

Sunday, January 31, 2010

Umno 'pikat' PKR untuk tumbangkan Pakatan Rakyat

dikemaskini 4.44pm Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

"Dan pastinya Datuk Jamaludin mewakili (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) untuk cuba memujuk dan memberi jaminan apa yang beliau perlu asalkan meninggalkan PKR. Tapi kerana (Azan) tidak layan lebih daripada itu, maka jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

Wednesday, January 20, 2010

SPRM serbu pejabat exco Selangor

dikemaskini 4pm Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri.

Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.

Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.

Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat

Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.

Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.

Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.

Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.

Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.

Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.

Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut.

Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian.

Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.

Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.




di ambil dari sumber malaysiakini


Followers